Tuesday, November 2, 2010

Motivasi diri penguat semangat

Benarlah pepatah yang mengatakan "jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"..sekiranya setiap usaha tidak diiringi dengan kegigihan serta kesungguhan untuk mendapatkannya, maka segala usaha tersebut akan menjadi sia-sia.


Di mana dapat kutemuimu..
Di mana boleh kukenalimu..
Di mana rasanya peluang ku bersahabat denganmu..
Bergandingan setiap masa..

Engkaulah teman setiaku..
Engkaulah yang ku perlukan di saat kerjaku tertangguh..
Engkaulah pendorongku..
Yang tidak mengenal erti berpisah..

Namun bila hasutan kemalasan meracauku..
Engkau ku lihat semakin menjauh..
Kerasukan malas semakin berombak kencang..
Engkau semakin kecil dari pandanganku..

Wahai gigih..
Janganlah kau tinggalkanku..
Aku berjanji..
Aku tidak akan leka lagi..
Ralit dengan dunia keseronokan..
Yang sebenarnya tidak memberi kebaikan padaku..



Bagi mereka yang berusaha dan mempunyai matlamat dalam hidup, berbanggalah dengan dirimu..kerana mereka merupakan insan yang telah merancang kehidupan mereka. Mereka tidak akan termasuk dalam kategori insan yang hidup tanpa arah tujuan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...